True or Fake?

Monday 29 May 2017

Selamat Hari Guru - Dr Subra

Tanggal 16 Mei merupakan hari yang begitu istimewa  buat setiap insan bergelar guru di negara kita. Hari yang penuh bermakna di mana  kita  merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada golongan guru.

Guru memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana merekalah yang membantu menonjolkan keupayaan dengan mendidik kita. Golongan guru adalah sangat istimewa kerana mereka membimbing anak bangsa sehingga menjadi individu yang berjaya yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Ini amat  bertepatan dengan Tema sambutan tahun ini iaitu ' Guru Pembina Negara Bangsa'. Justeru, saya ingin mengucapkan jutaan terima Kasih Dan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua insan bergelar guru.  Kita tidak dapat menafikan bahawa kesejahteraan Dan kehidupan selsesa yang kita nikmati pada  hari ini adalah  hasil sumbangan,  kegigihan Dan pengorbanan insan bergelar guru. Dengan situasi Dunia yang semakin mencari, generasi pelajar kini memerlukan bimbingan Dan didikan seseorang guru. Disini kita boleh melihat betapa mencabarnya peranan guru di era ini.

Justeru, saya berharap agar golongan guru dapat bersedia menghadapi cabaran-cabaran akan datang dalam mempergiatkan usaha mendidik generasi muda agar menjadi individu serba boleh, mampu memelihara perpaduan negara serta berbakti kepada Negara. Generasi Hari ini Adalah barisan pemimpin kelak.

Pengorbanan guru tiada nilainya. Justeru, marilah kita bersama- sama mengenang jasa Dan pengorbanan guru. . Selamat  Hari Guru.


No comments:

Post a Comment