DHINAGARAN A/L JAYABALAN:
Kerajaan Negeri Jangan Abaikan Penduduk Flat Taman Bagan Jaya. Kawasan Parlimen Ketua Menteri Pulau Pinang
Saya sedar berkenaan derita yang dialami oleh Penduduk Flat Taman Bagan Jaya (Parlimen Bagan) berikutan beberapa rumah disita akibat kegagalan penduduk membayar sewa bulanan.
Semalam saya dimaklumkan bahawa lebih premis / rumah mungkin disita pihak penguat kuasa hari ini.
Sehubungan dengan itu, melalui wakil penduduk En. Nordin dan En. Kalimuthu, saya bersama En. Sri (Ketua MIC Bahagian Bagan) telah meminta agar satu perjumpaan bersama penduduk - penduduk yang terjejas diadakan.
Lebih dari 100 pemilik rumah hadir mesyuarat semalam. Saya telah menyediakan satu surat rayuan kepada setiap penduduk untuk dipanjangkan kepada Ketua Menteri Pulua Pinang yang juga Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Penduduk akur dengan kesilapan mereka. Adalah wajar bagi pihak kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Menyita rumah ketika bulan Ramadhan adalah satu tindakan yang amat tidak perhatin.
Lebih dari 80% penduduk terlibat di dalam kemelut ini. Kerajaan Negeri harus akur, bahawa mereka juga punca bagi masalah ini. Sekiranya penduduk tidak membuat bayaran selepas 3 bulan, bukankah wajar untuk mereka menghatar notis atau surat peringatan? Nyata sekali, kelemahan Kerajaan Negeri antara punca kepada penyeksaan penduduk - penduduk di sini.
Saya bersama wakil UMNO, MCA dan Gerakan akan cuba membantu serta membimbing penduduk sana agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Kini penduduk bersetuju untuk membayar semula sewa bulanan termasuk bayaran tunggakkan secara ansuran. Memandangkan penduduk sendiri sudah akur akan kesilapan sebelum ini dan akan memberi kerjasama selepas ini, Ketua Menteri wajib mencari jalan penyelesaian.
Kegagalan Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk - penduduk sini, akan memaksa saya bersama rakan - rakan saya yang lain untuk membuat satu demo aman di hadapan rumah Ketua Menteri.
Terima kasih kepada semua wakil komponen parti yang hadir bagi membantu penduduk - penduduk di sini.
No comments:
Post a Comment