True or Fake?

Wednesday 3 May 2017

PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM DEMONTRASI JALANAN ADALAH SALAH!

National Mic Information
Mic Infozone

KENYATAAN MEDIA

PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM DEMONTRASI JALANAN ADALAH SALAH!

27 APRIL 2017 - Kebenaran bagi penggunaan bangunan sekolah SJK(T) Kalumpang telah dikeluarkan hanya setelah pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia memeriksa dan mengesahkan bahawa bangunan sekolah tersebut adalah selamat untuk digunakan. Saya telah pun mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjawab segala persoalan berkaitan isu tersebut baru-baru ini.

Pada masa yang sama, saya juga telah mengarahkan JPN Selangor untuk mempercepatkan urusan pengisian jawatan dua orang guru baru bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah tersebut dimana JPN Selangor telah pun meluluskan  2 orang guru yang akan mula bertugas dengan rasminya mulai 2 Mei 2017. Perkara ini sememangnya diketahui oleh pihak pentadbiran sekolah SJKT Kalumpang.

Apa yang saya kesal, pada 23 April 2017 yang lalu, YDP PIBG SJK(T) Kalumpang , En.Rajkumar yang telah berjumpa dengan saya untuk berbincang megenai isu-isu lain dan beliau langsung tidak memperihalkan mengenai isu kekurangan guru disekolah tersebut.  Jika beliau telah bertanya  mengenai isu ini, semestinya saya memberikan penjelasan dan tindakan yang telah diambil dalam isu kekurangan guru tersebut. Namun beliau gagal berbuat demikian dan hari ini telah mengakibatkan kecelaruan dalam isu ini.

Peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru atau PIBG sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak kita. Dalam hal ini kanak-kanak dijadikan 'boneka demonstrasi jalanan' dalam isu ini. Hal ini jelas menunjukkan sikap ketidakprihatinan Pegerusi PIBG yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor yang secara paksa melibatkan murid-murid sekolah tanpa mengambil kira isu keselamatan mereka. Tindakan membawa murid-murid ke kawasan luar persekolahan tanpa kebenaran ibu bapa merupakan satu kesalahan berat yang menyalahi undang-undang.

Sekiranya para murid yang terlibat dalam demonstrasi jalanan ini mengalami apa-apa kecederaan atau kemalangan, apakah PIBG yang juga Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor sanggup bertanggungjawab? Jangan permainan masa depan dan Keselamatan murid-murid demi motif sendiri!

Selain itu, saya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 1 telah mengambil pelbagai inisiatif dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani segala isu berkaitan sekolah ini. Kini tersergam indah blok bangunan baru SJKT Kalumpang adalah jelas hasil usaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya telah memohon JPN Selangor bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap PIBG dan mana-mana pihak yang terlibat.

Terima Kasih
P.Kamalanathan

No comments:

Post a Comment