True or Fake?

Monday 9 May 2016

Rest in peace Datuk Dr. Sundaran..

Rest in peace  Datuk Dr. Sundaran. It is a great loss to our  nation.
~Datuk Seri Dr S.Subramaniam~
 

Mendiang YBhg. Datuk Dr. Sundaran Annamalai merupakan seorang pegawai yang komited, berpengalaman serta telah mencapai pencapaian yang begitu cemerlang di dalam sektor perkhidmatan awam. Pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar kepada negara. Secara peribadi, saya mengenali beliau dan mempunyai perhubungan yang rapat dan akrab.


Semasa beliau bertugas bersama World Bank di Washington sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal kewangan di Asia Tenggara, saya telah berkesempatan bertemu semasa menghadiri mesyuarat di sana. Semasa pertemuan tersebut, kami sempat berbincang dan bertukar-tukar pandangan berkenaan isu semasa ketika jamuan tengah hari diadakan. Malah, selepas beliau telah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, saya telah mengaturkan pertemuan bersama beliau iaitu pada hari lusa bagi bertemu dan membincangankan beberapa isu perladangan yang melibatkan beberapa kawasan di parlimen Segamat.


Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar bukan sahaja bagi negara malah secara peribadi bagi saya dan seluruh masyarakat india di seluruh negara. Pencapaian beliau di dalam sektor perkhidmatan kerajaan adalah memberangsangkan dan membanggakan masyarakat India. Mendiang juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan dan World Bank. Pengetahuan serta kemahiran beliau di dalam bidang berkaitan adalah tinggi dan berpengalaman luas.


Ia suatu tragedi yang besar yang turut melibatkan kehilangan lima nyawa yang tidak akan dapat kita lupakan. Di dalam nahas tersebut juga, saya turut kehilangan rakan baik saya di Parlimen, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Noriah Kasnon serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Justeru itu, saya bersama ahli MIC di seluruh negara, mendoakan agar kesemua ahli keluarga yang terlibat supaya bersabar, dapat menerima ketentuan tuhan dan  meneruskan kehidupan seperti biasa.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/08/copter-crash-family-friends-pay-last-respects-to-dr-sundaran/


No comments:

Post a Comment