True or Fake?

Saturday 21 May 2016

SRJKT SLIM RIVER ISSUE UPDATES

*National MIC Information*

*Kenyataan Media*
*Dato P.Kamalanathan*
*Timbalan Menteri Pendidikan I*
*21 Mei 2016*

*_Isu SJKT Slim River_*

Pada bulan Februari 2016 saya telah dimaklumkan oleh pemimpin- pemimpin tempatan MIC akan keadaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Slim River. Sejurus mendapat maklumat tersebut saya telah mengarahkan Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan dengan kadar segera.

Hasil siasatan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dijalankan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, PPD Batang Padang, JKR Batang Padang, Guru Besar dan PIBG yang bertarikh 19 Mei 2016 mengesahkan bangunan prasekolah yang berasingan dengan bangunan utama menpunyai unsur – unsur serangan anai – anai namun pihak JKR dan BPPA mengesahkan bahawa bilik – bilik di prasekolah ini masih boleh diperbaiki kerana keseluruhan struktur bangunan ini masih utuh disebabkan penyelenggaraan yang telah dilaksanakan dari masa – ke masa. Aspek menguatkan (stiffening) akan dilaksanakan pada keseluruhan bangunan prasekolah tersebut sebelum dapat digunakan semula.

Sekolah SJKT Slim River terdiri daripada 3 blok bangunan.

Blok pertama  dua tingkat yang mempunyai 8 kelas (4 bilik darjah, perpustakaan, bilik guru dan pejabat) yang dibina oleh Mantan Presiden MIC dan Mantan Menteri Kerja Raya Dato Seri Utama S.Samy Vellu . Blok Bangunan ini selamat utk digunakan pada masa kini.

Blok kedua yang dibina oleh PIBG terdiri daripada 4 bilik darjah masih  digunakan dan didapati memerlukan penyelengaraan kecil untuk mengatasi serangan anai- anai.

Blok ketiga merangkumi 2 bilik prasekolah, stor dan Kantin. Semua murid prasekolah telah dipindahkan ke perpustakaan di blok pertama sebagai langkah keselamatan berikutan daripada arahan  PPD.

Tuduhan beberapa pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap pembangunan sekolah tamil atau tidak ada bantuan yang diberikan kepada SJKT Slim River adalah *_FITNAH SAMA SEKALI_*. Selain daripada sumbangan Blok Pertama oleh Mantan Presiden MIC dan Mantan Menteri Kerja Raya Dato Seri Utama S.Samy Vellu, pelbagai bantuan dari pelbagai pihak telah disalurkan bagi menaik taraf dan menyelenggara SJKT Slim River dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak *RM549,139*.

*Pecahan Peruntukan yang telah disalurkan kepada SJKT Slim River 2010 - 2016*

_*Peruntukan KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri*_
2010: RM 20,000
2012: RM 19,150
2014: RM 49,999
2015: RM 9,990

_*Adun/Parlimen Tanjung Malim*_
2015: RM 20,000
2016: RM 30,000 (Dalam Proses Sebut Harga)

*_NGO (melalui Jabatan Perdana Menteri) : The Community Chest_*
2012: RM 400,000

*_Cadangan tindakan:_*
1. Sekolah yang kini mempunyai 1 sesi pembelajaran dan pengajaran mungkin ditukar kepada 2 sesi dengan nasihat Guru Besar sekiranya ada keperluannya sewaktu proses penyelengaraan dijalankan

2. Dengan laporan siasatan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil langkah- langkah untuk mempercepatkan proses penyelengaraan dan baik pulih bangunan yang terjejas.

*_Skop projek yg akan dilaksanakan pada bangunan terjejas ialah:_*

1. Menguatkan struktur & dinding tumpu Kantin.
2. Menguatkan struktur Dewan dengan steel framing.
3. Menguatkan struktur, menggantikan frem tingkap, struktur siling bagi Ruang Prasekolah.
4. Memeriksa & pendawaian semula Ruang Prasekolah & Blok Bilik Darjah yang dibina oleh PIBG.

Segala langkah - langkah yang sedang dijalankan adalah mengikut “Standard Operating Procedure” SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan saya meminta kerjasama semua pihak terlibat dalam menyelesaikan isu ini.

*_Sekian Terima Kasih_*
*_P.Kamalanathan_*

No comments:

Post a Comment