True or Fake?

Monday 30 May 2016

Program Say No To Blacklist

*Program Say No To Blacklist* anjuran MIC Wilayah Persekutuan menjadi kejayaan yang tak terkata. Lebih kurang 500 masyarakat India dari pelbagai negeri telah membanjiri Dewan Nethaji di Wisma Manikavasagam pagi ini. Masyarakat yang hadir telah mendapat pelbagai nasihat dan penyelesaian melalui agensi seperti AKPK dan CTOS yang turut bekerjasama dengan MIC Wilayah Persekutuan.

Pengarah program En. Thanasekaran bertekad untuk meneruskan program ini sebagai program wajib di Wilayah Persekutuan supaya boleh memastikan masalah kewangan/hutang perbankan setiap masyarakat India diselesaikan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Merangkap Pengerusi Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan. Program juga dihadiri oleh Datuk Rajah Symon, Setiausaha Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan serta dif-dif kehormat yang lain.
Sekian.
#micwilayahpersekutuan
#miccares
#michelps


No comments:

Post a Comment