True or Fake?

Tuesday 7 February 2017

Wanita MIC Bahagian Subang pada 5/2/17 telah berjaya mengadakan kelas yang terakhir untuk kursus Pastries Baking. Seramai 25 peserta mengambil Bahagian dalam Program  ini yang diadakan di Pejabat MIC Bahagian MIC Subang . Program ini dianjurkan oleh NAAM dengan kerjasama Wanita MIC Kebangsaan.Turut hadir pada hari ini adalah Ketua MIC Bahagian Subang En.Saundarasan, AJK wanita Bahagian Subang serta Ketua Pemuda MIC Subang Tachtnamoorthy dan selaku Koordinator MIFA Beyond Subang En.Gopi.

Upacara penutupan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Subang Saudara En.N. Saundarasan Dalam ucapan Beliau menjelaskan program sebegini dianjurkan dengan niat yang ikhlas untuk meningkatkan ilmu masyarakat India supaya mereka boleh bermula berniaga secara kecil- kecilan. Ketua Wanita Subang Pn.Desamah juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang berjaya lulus dalam Kursus Pastries Baking, *Dato Saravana - Pengasas NAAM Dan Dato Mohana Muniandy - Ketua Wanita Kebangsaan untuk memberi peluang kepada MIC Wanita Bahagian subang untuk menganjurkan program seperti ini. Bukan setakat peluang tetapi sokongan mereka menjayakan program ini amat dihargai.



No comments:

Post a Comment