True or Fake?

Monday, 13 February 2017

laporan Polis Terhadap Fitnah dalam Facebook

Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Saudara Thinalan T Rajagopalu telah membuat laporan polis pertama di Balai Polis Port Dickson hari ini keatas paparan Facebook di muka halaman Malaysian Indian Voice For Change dan pengendali muka halaman tersebut bernama Sanmugan Raman. Halaman Facebook ini sering memaparkan post post yang bersifat benci dan fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Parti Barisan Nasional dan parti parti komponen terutamanya UMNO, MIC dan MCA. Cukuplah dengan tomahan tomahan, fitnah dan pembohongan seperti ini terhadap kerajaan dan pemimpin pemimpinnya. Saudara Thinalan telah menyeru semua Pemuda MIC,serta ahli parti komponen yang lain di seluruh negara untuk membuat laporan berpaut. Rakyat perlu disalurkan dengan maklumat yang sahih dan bertanggungjawab. Beliau telah menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan keras dengan kadar segera keatas pengendali halaman Facebook tersebut, Sanmugan Raman.


No comments:

Post a Comment