True or Fake?

Monday 20 February 2017

Dana disalurkan melalui Pejabat MB bukan MIC

“Memang benar ada Dana untuk kaum India di Negeri Perak tetapi ianya disumbangkan oleh Menteri Besar Perak melalui Pejabat MB,” kata Dato Elango, Penasihat MB Perak merangkap Ketua Perhubungan MIC Perak.
Ketika dihubungi Kuala Lumpur Post, Dato Elango menjelaskan bahawa dana tersebut tidak disalurkan kepada MIC.

“Dana ini telah diagihkan kepada NGO-NGO masyarakat India negeri, sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil. Pengagihan dana ini dipantau sendiri oleh Pejabat MB. Setiap pengagihan dana perlu dilaporkan dengan teliti kepada MB,” jelas Dato Elango.
“Ramai yang telah menerima bantuan daripada Pejabat MB. Lebih 2000 pelajar miskin telah menerima bantuan kewangan dari Pejabat MB dan Yayasan Perak, setiap tahun.”

“Kami juga telah memberikan bantuan kewangan kepada siswa India yang kurang berkemampuan.”
Bila ditanya mengenai artikel di akhbar Nanban, Dato Elango berkata ianya fitnah semata-mata dan tidak perlu dipeduli.
“Memang mudah untuk membuat tuduhan melulu dan spekulasi tidak berasas. Saya berani kerana tangan saya bersih,” tegas beliau.


No comments:

Post a Comment