Kempen Gotong-Royong Oleh MIC Dun Bagan Dalam Dengan Kerjasama JKKP Bagan Dalam & PAR
Kebersihan persekitaran perlu diutamakan agar rakyat dapat hidup di kawasan yang sihat dan terutama sekali bebas daripada ancaman denggi.
Pada 12hb Feb 2017 saya bersama pemimpin tempatan telah bermesyuarat dan berjumpa dengan penduduk Kg Bagan Dalam. Beberapa isu berkenaan kebersihan dibangkitkan dan kami telah mencadangkan agar satu kempen gotong - royong diadakan.
Pagi tadi 19hb Feb 2017 warga Kg Bagan Dalam turun bersama pemimpin tempatan untuk membersihkan kawasan kampung.
Syabas kepada semua yang telah sama-sama memikul tanggungjawab ini.
No comments:
Post a Comment