True or Fake?

Monday 27 June 2016

Lawatan kerja ke SJKT Jalan Bukit Renggam

Yang Berbahagia En.G.Raman PPN.,selaku Ketua Biro Pendidikan MIC Negeri Johor telah melakukan lawatan kerja ke SJKT Jalan Bukit Renggam bersempena dengan majlis ringkas perjumpaan bersama para ibu dan bapa murid Tahun 6.

Beliau sempat mengikuti pembentangan laporan kecemerlangan kurikulum murid Tahun 6 Vasantham.Beliau dalam ucaptama merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen Yang dimuliakan Dato' Seri Utama S.Samyvelu, Mantan Presiden MIC Kebangsaan dan Pengerusi Yayasan MIED kerana menghasilkan buku modul tambahan kepada semua calon UPSR SJKT Kebangsaan secara percuma pada setiap tahun. Beliau memohon kepada para pelajar agar belajar sungguh-sungguh sehingga ke menara gading.Tugas murid adalah untuk menjulang nama baik ibu dan bapa,guru serta masyarakat India dalam memartabatkan kecemerlangan  UPSR Tahun 2016. Beliau seterusnya memuji usaha jitu Guru Besar sekolah ini, 

Puan V.Vigneswari di dalam usaha beliau yang synergic dan berfokus terhadap mencemerlangkan sekolah ini.Seterusnya, En.G.Raman telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 tunai dan sumbangan kertas pendua A4 sebanyak 2 kotak oleh En.Paramesparan, rakan beliau.Setelah melawat ke sekitar bangunan India sekolah, beliau telah berjanji agar masalah bangunan induk sekolah akan beliau bawa berbincang dengan YB Kamalananthan di waktu terdekat. Akhir kata, beliau kagum dengan komitmen MIC Bahagian Simpang Renggam, En.A. Allimuthu serta AJK ,Pengerusi PIBG dan AJK di  bawah pimpinan YB Datuk M.Asojan sebagai Pengerusi MIC Negeri dan teraju MIC Kebangsaan, YAB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam. 

En.G.Raman menambah  bahawa kawasan ini sememangnya memiliki seorang ahli parlimen yang begitu berwibawa, iaitu YB Datuk Liang Teck Ming,  justeru beliau meminta semua pihak agar berganding bahu menjamin kecemerlangan pendidikan walau di mana kita berada seperti kata pepatah, ' Timbalah ilmu walaupun sampai ke Negeri Cina'. Anak-anak ini adalah warisan yang akan menyambung legasi kita di hari muka.Beliau telah diiringi oleh Ketua Wanita MIC Bahagian Kluang, Pn.Vasanthy.                       
 s.k:                   
 1. YAB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam,  Presiden MIC Kebangsaan merangkap Menteri Kesihatan.
 2. YB Datuk M.Asojan, Pengerusi MIC Negeri Johor, Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat merangkap ADUN Bukit Gambir. 
3. YB Datuk Liang Teck Ming, Ahli Parlimen Simpang Renggam dan AJK PAC Parlimen Malaysia. 4.YB R.Vidyananthan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Kahang.





No comments:

Post a Comment