True or Fake?

Wednesday 1 March 2017

Nak Pindah mana?

BANGI 21 Feb. - Pengusaha ladang ternakan di tapak tepi sungai berhampiran Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi berdepan kerugian RM400,000 ekoran arahan pemindahan yang dikeluarkan kerajaan negeri baru-baru ini.  Salah seorang pemilik ladang, P. Batumalai, 55, berkata, ladang yang diusahakan sejak lebih 80 tahun lalu oleh datuknya itu merupakan periuk nasi dan perusahaan warisan keluarga dari generasi ke generasi.  Katanya, arahan pemindahan yang dikeluarkan amat mendukacitakan kerana rayuan demi rayuan bagi memohon penangguhan notis mengosongkan tanah telah dibuat bagi mendapatkan kebenaran sementara di tapak berkenaan.  “Alasan mengatakan ladang berkenaan terlibat dengan pencemaran di sungai berhampiran tidak berasas sedangkan bahan buangan kesemuanya melalui sistem terawat terlebih dahulu malah terdapat ladang yang betul-betul di tepi tebing sungai tidak diarah pindah.  “Tapak baharu masih tiada dan kami bimbang di mana untuk simpan lembu dan kambing kerana arahan roboh itu akan dilaksanakan Pejabat Daerah


No comments:

Post a Comment