True or Fake?

Monday 20 March 2017

YBM DSU Tengku Adnan Mendekati Rakyat PPR Kg. Baru Air Panas dalam Program We Care, We Serve Jom Bantu Rakyat

YBM DSU Tengku Adnan Mendekati Rakyat PPR Kg. Baru Air Panas dalam Program We Care, We Serve Jom Bantu Rakyat

12 Mac 2017
MIC Setiawangsa bersama Pusat Khidmat Parlimen Setiawangsa telah menganjurkan Program Jom Bantu Rakyat dengan Tema We Care, We Serve dibawah Kepimpinan Datuk S. Rajah, Ketua Bahagian MIC WP merangkap Ahli Lembaga DBKL.

Program ini telah menjadi tarikan utama masyarakat tempatan terutamanya dari PPR Kg Baru Air Panas.

Tujuan utama program ini adalah membantu rakyat untuk mencari penyelesaian masalah – masalah mereka yang berhubung dengan agensi – agensi kerajaan. Setiap agensi yang terlibat bersedia sedaya - upaya membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka. Bukan sahaja itu, program ini merupakan satu peluang bagi pemimpin tempatan dari semua parti komponen Barisan Nasional bertemu rakyat dan beramah mesra.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBM DSU Tengku Adnan, Timb Menteri KBS, Datuk M. Saravanan, Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato Ahmad Fauzi dan juga dif -dif kehormat dari DBKL.

Ayanhanda Kunan dalam ucapannya berkata MIC merupakan nadi kaum India dan MIC Setiawangsa harus di contohi. Beliau juga telah memuji Kepimpinan Datuk M. Saravanan sebagai seorang Ahli Parlimen yang baik dan harus dicontohi.

YBM Kunan juga menyarankan program seperti ini harus dijalankan diseluruh wilayah Persekutuan  supaya rakyat dapat memanfaatkan khidmat - khidmat yang ditawarkan melalui agensi - agensi kerajaan.

Program telah tamat sekitar pukul 4pm. Rakyat yang hadir telah balik dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah dan hamper.

Datuk S. Rajah mewakili pihak penganjur mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari pelbagai pihak menjayakan program ini.

Sekian



No comments:

Post a Comment