True or Fake?

Friday 12 August 2016

Terbaik Pemuda MIC Negeri Sembilan

Jika masih ingat Pemuda MIC Negeri Sembilan bersama saudara Sashi Ketua Pemuda MIC Bhg. Seremban pernah pergi meluangkan masa melawat adik Viknesvaran yang terlantar sakit dan dibawah penjagaan ibu sepenuhnya pada 24 Mac 2016. Pemuda MIC juga telah menghulurkan sedikit bantuan keperluan harian. Semasa lawatan tersebut,

Ibu Viknes mohon bantuan dari Pemuda MIC untuk membantu mendapatkan adjustable bed yang boleh mencecah kos RM7000. Memandangkan ibunya yang semakin berusia menyebabkan beliau sukar untuk menguruskan penjagaan adik Viknes khususnya ketika memberi makan dan membersihkan Viknes yang terlantar sejak 18 tahun. Semakin hari Viknes semakin membesar manakala ibunya semakin hari semakin berusia sehingga kini ibunya  sukar untuk  mengangkat bagi memandikan, memberi makan dan sebagainya. Pemuda MIC yakin dengan bantuan YB Dato Manickam, katil tersebut mampu diperolehi dan seterusnya menyejukkan hati seorang ibu yang masih tabah menjaga anaknya.

Namun hari ini harapan tersebut menjadi kenyataan. Kita Pemuda MIC Negeri Sembilan telah berjaya mendapatkan katil tersebut dengan bantuan YB Dato Manickam dan Jabatan Kebajikan Negeri Sembilan. Dengan adanya katil ini,  ibunya tidak perlu mengangkat dan mengalihkan Viknes, keperluan penjagaannya  boleh diuruskan dengan lebih mudah. Terima kasih buat YB Dato Manickam, Chief Thinalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Pemuda MIC Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment