Akhbar "Malaysian Nanban" berniat jahat dan menghina Presiden MIC...
Akhir-akhir ini kita dapati bahawa pemberita Akhbar "Malaysian Nanban" telah mengeluarkan berita yang diputarbelitkan dengan niat untuk menghina YB DS Dr S.Subramaniam, Presiden MIC dan mempersendakan Parti MIC.
Berita yang disiarkan jelas berniat memesongkan minda pembaca untuk membenci parti ini dan "membunuh watak" Presiden MIC.
Kalau dilihat dari perspektif 8 Etika Kewartawanan Malaysia, jelas pemberita berkenaan telah melanggar etika utama iaitu memastikan berita yang ditulis adalah benar dari punca atau sumber yang benar dan ditulis tanpa persepsi atau spekulasi individu.
Pemberita diberikan keutamaan dan status VIP dalam semua majlis di mana tempat duduk mereka dan kemudahan mereka diuruskan oleh pihak penganjur. Status ini diberikan agar mereka mendapat "first hand information" dan berita tersebut disampaikan kepada pembaca secara telus dan beretika.
Dalam hal penulisan berita oleh pemberita akhbar "Nanban", jelas kepada kita bahawa pemberita tersebut telah melanggar etika Kewartawanan dan dengan sengaja mengubah tajuk berita agar menjadi sensasi tanpa mengambil kira sensitiviti individu atau organisasi yang terlibat.
Pihak KDN sepatutnya mengambil tindakan tegas agar pemberita akhbar tidak memesongkan dan memutarbelitkan berita dengan niat untuk mewujudkan rasa benci terhadap seseorang atau suatu organisasi.
Kami mengutuk akhbar "Nanban" dan akan boikot akhbar ini jika pihak akhbar tidak meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Presiden MIC.
#SAYNOTOMALAYSIANNANBAN
#BOIKOTMALAYSIANNANBAN
NAGAIAH VELU
CWC
Malaysian Indian Congress
No comments:
Post a Comment