True or Fake?

Wednesday 10 August 2016

KWSP Shariah? what is this all about?



10 Perkara Paling Penting Tentang Simpanan Shariah KWSP Yang Wajib Untuk Kita Semua Tahu

1. Apakah itu Simpanan Shariah?
Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Shariah Islam.

2. Macam mana cara ahli memilih Simpanan Shariah?
Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli. Pendaftaran akan bermula dari 8.8.16.

Ahli perlu:

(i) Bawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)

(ii) Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli

(iii) Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan

P/S: Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah.

Selepas membuat pilihan Simpanan Shariah, ahli tidak boleh memilih untuk kembali semula ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.

3. Bolehkah ahli KWSP mempunyai dua akaun KWSP – Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah?

Ahli KWSP hanya boleh mempunyai SATU akaun sahaja sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah. Ahli yang memilih Simpanan Shariah juga tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.

. Kenapa Simpanan Shariah baru diperkenalkan?
Ianya baru diperkenalkan kerana terdapat permintaan dikalangan ahli KWSP supaya akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut Shariah. Selain itu, berdasarkan hasil Kaji Selidik Rundingan Ahli ke atas Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang telah dijalankan pada April 2015, sebanyak 71% responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh Shariah diperkenalkan.
Simpanan Shariah ini juga tidak merumitkan urusan majikan. Proses yang sedia ada sebelum ini tetap diguna pakai tanpa sebarang perubahan.

5. Adakah saya perlu memaklumkan kepada majikan sekiranya saya membuat pilihan Simpanan Shariah?
Tidak, ahli tidak perlu memaklumkan kepada majikan sekiranya ahli memilih Simpanan Shariah.

6. Adakah majikan perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan untuk pekerja mereka yang membuat pilihan Simpanan Shariah?
Tidak, majikan tidak perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan untuk pekerja yang memilih Simpanan Shariah.

7. Adakah majikan perlu mengisi Borang A secara berasingan? Adakah terdapat borang yang khusus untuk majikan?
Tidak, majikan hanya perlu mengisi Borang A seperti proses yang sedia ada dan tiada borang tambahan atau perubahan yang perlu dibuat oleh majikan.

8. Adakah terdapat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah baru yang harus dipatuhi oleh majikan berkenaan caruman jika pekerja mereka ingin membuat pilihan Simpanan Shariah?
Tidak, majikan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah caruman yang sedia ada.

9. Sekiranya saya memilih Simpanan Shariah, adakah akaun saya perlu disucikan dari sebarang pendapatan tidak patuh Shariah?

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada penyucian dividen.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 juga telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada ahli yang ingin melakukan penyucian dividen secara individu, ahli boleh melakukannya dengan merujuk kepada garis panduan penyucian dividen yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS).

10. Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?
Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh shariah diperuntukkan bagi 2017.

Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.

(Bermakna, walaupun anda sudah daftar mulai 8 Ogos 2016, tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula pada 1 Januari 2017. Sekiranya peruntukkan dana RM100 bilion ini habis, ahli perlu menunggu peruntukkan dana tahun 2018 pula untuk mendaftar.)

Now the mother of all the questions.

Do i need to change to Shariah or not?
Is that gives me any extra benefits?

The answer is:

No. Don't bother waste your time changing this. The whole purpose of KWSP changing this is just to get a name that they are Islamic institutions. Plus, they will claim that they are HALAL.

You will not get extra cent from this anyway.

By the way, you might get brainwashed by kwsp staff. Just ignore. Remember, once you change to Shariah, you can't change it back to conventional.

Then why bother changing?

Subash Chandrabose

 * Please share to all Indians. We are not stupid to believe everything.

For more Information, follow

http://www.facebook.com/scbose6666


No comments:

Post a Comment