True or Fake?

Thursday 1 September 2016

Tamil Language in STPM book issue

National Mic Information
Mic Infozone
#MicTurns70
Breaking News✅

KENYATAAN AKHBAR
P.KAMALANATHAN
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Secara umumnya, Bahasa Tamil terkenal dan diiktiraf sebagai bahasa yang tertua di dunia dan kewujudannya tidak boleh dipertikaikan sama sekali oleh mana – mana pihak.

Sehubungan dengan itu, pagi tadi saya menerima maklumat mengenai penyebaran satu muka surat buku yang dikatakan daripada Buku Teks Bahasa Melayu untuk STPM yang menyiarkan satu perenggan yang mengatakan “Bahasa Tamil merupakan Bahasa Pinjaman dari Bahasa Lain”. Saya telah berhubung dengan Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia untuk penyemakan dan mendapati bahawa Buku yang dimaksudkan BUKAN BUKU TEKS STPM TERBITAN KPM.

Saya juga telah menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mereka menafikan sebarang jenis pengesahan diberikan kepada buku ini juga terhadap perenggan mengenai “Bahasa Tamil” dalam buku tersebut.

Semakan saya di Majlis Peperiksaan Malaysia juga mendapati, MPM tidak pernah dilibatkan dalam penyediaan buku teks bagi pelajar STPM dan mereka ditugaskan menyelia peperiksaan STPM. MPM hanya membenarkan penggunaan koleksi kertas soalan sahaja.

Hasil semakan, saya mendapati buku ini adalah cetakan syarikat swasta dan TIDAK BERKAITAN dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya juga telah berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri dan saya dimaklumkan Penerbit buku ini boleh didakwa dibawah "Akta Pencetakan dan Penerbitan tahun 1984” kerana menyiarkan fakta yang salah. Pejabat saya telah berhubung dengan pihak penerbit untuk mendapatkan maklum balas mengenai buku tersebut.

Sekian Terima Kasih

P.Kamalanathan

No comments:

Post a Comment