True or Fake?

Friday 7 July 2017

Sambutan Hari Bapa 2017 anjuran Wanita Mic Bahagian Kangar

Sambutan Hari Bapa 2017 anjuran wanita mic bahagian kangar telah diadakan pada 03 Julai 2017 dengan meriah di Dewan SJKT Tamil Kangar. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perlis Pembangunan Wanita Yang Berhormat Puan Hajah Rela Binti Ahmad telah merasmikan majlis sambutan ini. Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Perlis, Encik.S.Vengadasamy , Ketua MIC Bahagian Kangar Encik Selvakumaran Arumugam dan Ketua Bahagian MIC Padang Besar Encik Chandren Chan turun hadir sama ke majlis ini bersama-sama dengan ketua-ketua cawangan dan sayap MIC Negeri Perlis dan MIC Bahagian Kangar. Ketua Wanita MIC Bahagian Kangar Puan Indradevi Gunasekran telah menyampaikan ucapan aluan dan YB Hajah Rela Ahmad telah menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan majlis ini. Pihak penganjur telah meraikan tiga orang Bapa iaitu Encik.S.Vengadasamy, Encik.T.Muniandy (Pengerusi Persatuan India Perlis ) dan Encik Munusamy (Ketua Cawangan MIC). Majlis turut meraikan semua Bapa yang hadir. Majlis juga meraikan hari jadi kepada 2 orang Ahli MIC Bahagian Kangar iaitu Encik D Kannan dan Puan Devika Selvakumaran.








No comments:

Post a Comment