True or Fake?

Friday 7 July 2017

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKIM Perlis 2017

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKIM Perlis 2017

Sekretariat SUKIM (Sukan India Malaysia) Perlis telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKIM Perlis 2017 pada 03 Julai 2017 bertempat Bangunan MIC Perlis di Kangar. Majlis bermula dengan ucapan Aluan Pengerusi SUKIM Perlis Encik Veeran dan dalam ucapannya beliau telah menceritakan pengalaman mewujudkan Kontinjen SUKIM sejak 4 tahun yang lalu dan penyertaan pertama hingga ke tahun ini yang merupakan SUKIM ke-4. Beliau juga telah melahirkan rasa gembira di atas peningkatan bilangan acara dalam SUKIM dan penyertaan Pemuda dan Pemudi dari masyarakat India di Negeri Perlis pada Temasya SUKIM Edisi kali ini. Encik Veeran turut merakamkan penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa SUKIM Perlis 2017 yang telah menjayakan segala perancangan dan perjalanan SUKIM Perlis pada tahun ini.

Seterusnya Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Perlis Encik S.Vengadasamy telah menyampaikan ucapan perasmian dan dalam ucapannya beliau telah memuji usaha Encik Veeran dan ahli jawatankuasa selama ini dalam menyertai SUKIM. Beliau juga telah menyarankan supaya lebih ramai pemuda dan pemudi dari kalangan Masyarakat India Perlis untuk tampil menyertai sukan pada masa-masa akan datang. Beliau menekankan supaya semua bersaing dengan sihat dan menuju ke arah menyumbang pingat atau kemenangan kepada Kontijen SUKIM Perlis.

Seterusnya Encik S.Vengadasamy telah menyerahkan watikah pelantikan kepada pengurus-pengurus pasukan SUKIM Perlis dan Bendera Kontinjen Perlis diserahkan kepada Encik Veeran.

Turut hadir Encik.A.Selvakumaran, Ketua MIC Bahagian Kangar, Encik Chandren pemangku Ketua MIC Bahagian Padang Besar, Encik T Muniandy, Pengerusi Persatuan India Perlis, Puan Malarvili Thiruvarasu, Ketua Wanita MIC Perlis, Encik Uthaya Kumar, Ketua Pemuda MIC Perlis

Terima kasih kepada semua penaja-penaja SUKIM Perlis

Selamat Maju Jaya kepada Kontinjen SUKIM Perlis !!!

(Sukan India Malaysia atau lebih dikenali merupakan hasil ilham Datuk T Mohan, Naib Presiden MIC sejak 4 tahun yang lalu untuk melibatkan lebih ramai masyarakat India di bidang sukan supaya menjulang kembali zaman kegemilangan Sukan Masyarakat India di Malaysia yang satu masa dahulu sangat cemerlang dalam segenap sukan yang diceburi. Mutu dan tahap penganjuran yang saban tahun mengingkat dan menuju ke arah Objektif yang murni ini dah mula menampakkan hasil dengan persediaan rapi yang dijalankan oleh semua kontinjen yang menyertai kejohanan SUKIM setiap tahun. Semoga Usaha Murni dan hasrat beliau serta barisan ahli jawatankuasanya mencapai kejayaan yang cemerlang.)




No comments:

Post a Comment