True or Fake?

Friday 7 July 2017

Perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Taman Bandar Baru Sungai Lalang

Perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Taman Bandar Baru Sungai Lalang #PDMBandarBaruSungaiLalang membincangkan isu-isu semasa seperti program pembangunan belia, pendidikan, kebajikan dan sosial.
#N25DunBukitSelambau #THSubra


Bancian sikap di Bandar Baru Sg.Lalang Kedah oleh pasukan JR. #mickedah

Bancian sikap di Bandar Baru Sg.Lalang Kedah oleh pasukan JR.
#mickedah



Penyampaikan bantuan pendidikan

Saya bersama dgn En.Mahandran & En.Muthayah KC Mic menyampaikan bantuan pendidikan Yb Datin Mastura Yazid Ahli Parlimen Kuala Kangsar P067, sumbangan diterima oleh Pn.Parvathy nenek kpd adik Meyganesvarma a/l Sugumaran yg akn melanjutkan pelajaran di (ADTEC) JTM melaka. Tahniah & Selamat Maju Jaya.


Pagi ini saya di Pusat Khidmat membantu menyelesaikan masalah rakyat. #N25DunBukitSelambau #THSubra

Pagi ini saya di Pusat Khidmat membantu menyelesaikan masalah rakyat.
#N25DunBukitSelambau #THSubra






Upacara Majlis Bhoomi Poojai pada pagi ini.SJKT Bandar Mahkota Cheras. SJK(T) Mahkota Cheras

Upacara Majlis Bhoomi Poojai pada pagi ini.SJKT Bandar Mahkota Cheras. SJK(T) Mahkota Cheras ini merupakan SJK(T) Baharu yang ke 527. Tetamu Khas : YB Datuk Seri Dr. Subramaniam, Presiden MIC, YB Dato Sri SK Devamany, Timbalan Presiden MIC dan YB Datuk P.kamalanathan.



Bersama Penguindi PDM Taman Batu Caves

Petang bersama pengundi pdm taman batu caves/batu caves(putri laksmana)dan memberi sayur segar percuma


Program Wanita Batu Caves

Progam petang 1 bersama wanita muda kelab belia batu caves..
2.bersama ketua umno sempena sambutan raya.



Kapar Activities

Attended 9 families welfare issues at Welfare Dept Klang. All are from Kapar. Met Mr Omar- Officer in Charge   and requested for assistance to resolve all these issues. In attendance were Division Welfare Chief Mr Ramesh and Head of Logistics Mr Pannir.


Syabas Pasukan Gerak Rakyat

Pasukan gerak Rakyat telah melawat rumah Puan Jayanthi di Tmn Kelisa Ria SP. Puan Jayanthi mengalami kemalangan jalanraya. Kaki Kanan beliau dimasukkan dgn plet besI. Mempunyai anak seramai 4 orang masih kecil lagi. Keluarga miskin. Pasukan Gerak Rakyat telah bantu dgn memohon kebajikan, Bantuan Am dan masukkan nama didalam senarai penerima Sumbangan Barakah MB Kedah.



Terima Kasih

Saya KPavithran  selaku  ketua Masyarakat  India  Paloh  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  setinggi  tinggi  terimKasih  kpd  YbTeoh  AdunPaloh Tok  Halim  penghulu  Mukim Paloh  danTuan  Pegawai  Daerah  Kluang  atas  keprihatinan  mereka  untuk  mendapatkan  rumah  untuk  isteri  mendiang  EnRamalingam  yang  sekarang  tinggal  dirumah  sewa  dan  mennghadapi  banyak  masalah  bagi  menguruskan  saraan  harian  T.kasih  kpd  Tok Penghulu  yg  usahakan  untk  masukkan  nama  Plan Ramalingam  dalam  Focus  Group   tq  very  much  for  everyone  who  had  involved



Bantuan Kebajikan

Pasukan gerak Rakyat telah melawat rumah Puan Ritha di Tmn Kelisa Ria SP. Beliau telah menjalani pembedahan bypass Jantung. Mempunyai anak seramai 5 orang. Pendapatan suami tidak mencukupi untuk menyara kehidupan harian. Beliau kena pergi Hospital untuk pemeriksaan kerap kali. Pasukan Gerak Rakyat telah bantu untuk memohon Bantuan Kebajikan, Bantuan Am & telah masukkan nama didalam senarai penerima Sumbangan Barakah MB Kedah.



Majlis Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2017 anjuran MIC Bahagian Ipoh Barat

1 Julai 2017 : Majlis Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2017 anjuran MIC Bahagian Ipoh Barat, Perak telah berjaya dilaksanakan di Dewan Perkahwinan, Kuil Arulmigu Sri Maha Mariamman, Jalan Sungai Pari, #N30 Buntong, 30100, Ipoh, Perak. Seramai 50 Para Ibu dan Bapa dari sekitar kawasan Buntong telah diraikan dalam majlis tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama (Dr) S. Samy Vellu, Duta Khas (Infrastruktur) India Dan Asia Selatan.




Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Rumah MB NS.



Melawat rumah-rumah yang kena ribut di Kg. Setol Batu Belachan

Melawat rumah-rumah yang kena ribut di Kg. Setol Batu Belachan
#N25DunBukitSelambau #THSubra


Majlis Perasmian Pejabat dan Dewan Makan Kuil Sri Maha Mariamman Bentong

P089: Bentong
N33: Bilut
Bersama YB.Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan / Ahli Parlimen Bentong dalam Majlis Perasmian Pejabat dan Dewan Makan Kuil Sri Maha Mariamman Bentong yang dibina dengan peruntukan RM100,000 daripada Dato Seri Liow dan RM30,000 sumbangan YB.Dato Seri Presiden MIC. YB Dato Seri Liow turut mengambil peluang untuk mendengar dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dibawa untuk perhatian beliau dalam majlis ini.Antaranya masalah kewangan penuntut IPTS, rawatan kesihatan, isu pertukaran guru mengikut suami dan  bantuan kewangan kepada yang memerlukan. YB Dato Sri turut meluluskan RM50,000 untuk pembangunan kuil ini.




Program mengikat bunga malai dianjur oleh MIC Bahagian Gombak

Program mengikat bunga malai dianjur oleh MIC Bahagian Gombak



Persidangan MIC Bahagian Klang

Persidangan MIC Bahagian Klang ke..23 Syabas kepada Saudara YDP YB DS SA Vigneswaran dan jawatan kuasa bahagian.




Bantuan banjir kepada penduduk penduduk PPRT Sungai Kertas

Bantuan banjir kepada penduduk penduduk PPRT Sungai Kertas mengucapkan terima kasih kepada Menteri KPKT Tan Sri Noh bin Omar




Bantuan

Puan Manormani dari flat paya nahu, Tmn Ria jaya Sp. hadir di Pejabat MIC Negeri Kedah di Sp. Berjumpa dgn Pasukan gerak rakyat En. Raj. Beliau mempunyai masalah kewangan. Ibu tunggal. Mempunyai anak satu orang (L). Masih belajar. Puan Manormani bekerja sebagai cleaner. Pasukan Gerak Rakyat telah bantu untuk mohon Kebajikan,  Bantuan AM & masukkan nama didalam senarai penerima Sumbangan Barakah MB.


Sembahyang khas di Kuil Mariamman, Blue Valley Cameron Highlands

WANITA MIC

P078 Cameron Highlands

Sembahyang khas di Kuil Mariamman, Blue Valley Cameron Highlands

#WanitaMIC #SubraPower #DatoMM #MediaAlerts

🌐 Wanita MIC Fanpage
www.facebook.com/micwanita

🌐 NWL Dato' Mohana Muniandy Fanpage
www.facebook.com/mohanaMIC




Bersama Ketua Menteri Melaka di Rumah Terbuka YB Senator Zali ..Ketua Pemuda UMNO Melaka di rumah beliau di Paya Rumput, Melaka.

Bersama Ketua Menteri Melaka di Rumah Terbuka YB Senator Zali ..Ketua Pemuda UMNO Melaka di rumah beliau di Paya Rumput, Melaka.




Perjumpaan pemimpin-pemimpin MIC Bahagian Gombak dengan Puan Sarasvathy - Pengetua SJK(T) BATU CAVES

Perjumpaan pemimpin-pemimpin MIC Bahagian  Gombak dengan Puan Sarasvathy - Pengetua SJK(T) BATU CAVES. Kehormat Tuan Sukumaran, Tuan Guna (Setiausaha Bahagian Gombak), Tuan RT Raja, Tuan Gopal Singam, Ketua2 Cawangan, Tuan Mathuraiveran Marimuthu, En. Gobiraj dan Pemuda2 MIC Gombak.



Sijil kehadiran Kursus Informative Leadership

Mesyuarat JK MIC Tambun pada 2.7.2017 di Pejabat Bahagian MIC. Sijil kehadiran Kursus Informative Leadership Yang di terima telah pun diberi kepada perserta semasa itu.

Perkara berkaitan Persidangan Perwakilan Bahagian dan GE 14 telah dibincangkan.




Help from MIC Subang


Bantuan

N. M.Muniyapan A/L  Murugason dari Batu  dua Sp telah hadir di  Pejabat perhubungan MIC negeri kedah dan berjumpa dgn Pasukan Gerak rakyat ( K. Raj ). Beliau berbincang tentang masalah kewangan dan perlu buat pembedahan mata sebelah Kanan Kerana kurang penglihatan. Beliau tiada bantuan dari mana mana pihak. Setelah mendengar masalah beliau, Pasukan Gerak Rakyat telah bantu En.M. Murugapan dengan memohon bantuan Am. Kes ini di rujuk olih Pastor Alfred.  


                   

Sambutan Hari Bapa 2017 anjuran Wanita Mic Bahagian Kangar

Sambutan Hari Bapa 2017 anjuran wanita mic bahagian kangar telah diadakan pada 03 Julai 2017 dengan meriah di Dewan SJKT Tamil Kangar. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perlis Pembangunan Wanita Yang Berhormat Puan Hajah Rela Binti Ahmad telah merasmikan majlis sambutan ini. Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Perlis, Encik.S.Vengadasamy , Ketua MIC Bahagian Kangar Encik Selvakumaran Arumugam dan Ketua Bahagian MIC Padang Besar Encik Chandren Chan turun hadir sama ke majlis ini bersama-sama dengan ketua-ketua cawangan dan sayap MIC Negeri Perlis dan MIC Bahagian Kangar. Ketua Wanita MIC Bahagian Kangar Puan Indradevi Gunasekran telah menyampaikan ucapan aluan dan YB Hajah Rela Ahmad telah menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan majlis ini. Pihak penganjur telah meraikan tiga orang Bapa iaitu Encik.S.Vengadasamy, Encik.T.Muniandy (Pengerusi Persatuan India Perlis ) dan Encik Munusamy (Ketua Cawangan MIC). Majlis turut meraikan semua Bapa yang hadir. Majlis juga meraikan hari jadi kepada 2 orang Ahli MIC Bahagian Kangar iaitu Encik D Kannan dan Puan Devika Selvakumaran.








Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKIM Perlis 2017

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKIM Perlis 2017

Sekretariat SUKIM (Sukan India Malaysia) Perlis telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKIM Perlis 2017 pada 03 Julai 2017 bertempat Bangunan MIC Perlis di Kangar. Majlis bermula dengan ucapan Aluan Pengerusi SUKIM Perlis Encik Veeran dan dalam ucapannya beliau telah menceritakan pengalaman mewujudkan Kontinjen SUKIM sejak 4 tahun yang lalu dan penyertaan pertama hingga ke tahun ini yang merupakan SUKIM ke-4. Beliau juga telah melahirkan rasa gembira di atas peningkatan bilangan acara dalam SUKIM dan penyertaan Pemuda dan Pemudi dari masyarakat India di Negeri Perlis pada Temasya SUKIM Edisi kali ini. Encik Veeran turut merakamkan penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa SUKIM Perlis 2017 yang telah menjayakan segala perancangan dan perjalanan SUKIM Perlis pada tahun ini.

Seterusnya Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Perlis Encik S.Vengadasamy telah menyampaikan ucapan perasmian dan dalam ucapannya beliau telah memuji usaha Encik Veeran dan ahli jawatankuasa selama ini dalam menyertai SUKIM. Beliau juga telah menyarankan supaya lebih ramai pemuda dan pemudi dari kalangan Masyarakat India Perlis untuk tampil menyertai sukan pada masa-masa akan datang. Beliau menekankan supaya semua bersaing dengan sihat dan menuju ke arah menyumbang pingat atau kemenangan kepada Kontijen SUKIM Perlis.

Seterusnya Encik S.Vengadasamy telah menyerahkan watikah pelantikan kepada pengurus-pengurus pasukan SUKIM Perlis dan Bendera Kontinjen Perlis diserahkan kepada Encik Veeran.

Turut hadir Encik.A.Selvakumaran, Ketua MIC Bahagian Kangar, Encik Chandren pemangku Ketua MIC Bahagian Padang Besar, Encik T Muniandy, Pengerusi Persatuan India Perlis, Puan Malarvili Thiruvarasu, Ketua Wanita MIC Perlis, Encik Uthaya Kumar, Ketua Pemuda MIC Perlis

Terima kasih kepada semua penaja-penaja SUKIM Perlis

Selamat Maju Jaya kepada Kontinjen SUKIM Perlis !!!

(Sukan India Malaysia atau lebih dikenali merupakan hasil ilham Datuk T Mohan, Naib Presiden MIC sejak 4 tahun yang lalu untuk melibatkan lebih ramai masyarakat India di bidang sukan supaya menjulang kembali zaman kegemilangan Sukan Masyarakat India di Malaysia yang satu masa dahulu sangat cemerlang dalam segenap sukan yang diceburi. Mutu dan tahap penganjuran yang saban tahun mengingkat dan menuju ke arah Objektif yang murni ini dah mula menampakkan hasil dengan persediaan rapi yang dijalankan oleh semua kontinjen yang menyertai kejohanan SUKIM setiap tahun. Semoga Usaha Murni dan hasrat beliau serta barisan ahli jawatankuasanya mencapai kejayaan yang cemerlang.)




Smart Force MPB

Bersama Smart Force MPB yang membersihkan kawasan semak berhampiran Rumah Pangsa Kg.Muhibbah , Karak. Turut hadir Pengerusi MIC cawangan Kg.Muhibbah Karak/ Pen S/u MIC Bahagian Bentong Cikgu Manokaran. Terima kasih kepada Dato YDP dan  pasukan Smart Force pimpinan Sdr.Zulkifli.




Aktiviti Batu Caves

1. Melawat Saudara Fatah bin Mustapa di Kg Bharu Batu Caves yang mengalami penyakit strok dan memberi sumbangan kerusi roda kepada beliau.
2. Melawat Pak Buang di Taman Jasa Utama yang baru keluar dari hospital .semoga beliau akan kembali sembuh seperti sedia kala.