Thursday, 29 September 2016
MIC perlu bijak urus persepsi negatif
MIC perlu bijak urus persepsi negatif
Kemas kini: September 29, 2016 (Diterbitkan pada: September 29, 2016 7:29 MYT)
SHAH ALAM : MIC perlu bijak mengurus persepsi negatif yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak supaya rakyat mengetahui kedudukan sebenar berhubung sesuatu isu, kata presidennya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat bahawa dalam konteks politik semasa, persepsi telah menjadi senjata utama pihak lawan dalam mempengaruhi minda rakyat dan terbukti berkesan terutamanya pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
"Kita mesti melabur banyak dalam mengurus persepsi (negatif) bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14," katanya ketika berucap pada majlis ulang tahun ke-70 Badan Perhubungan MIC Selangor, di sini malam tadi.
Hadir sama Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Dr Subramaniam mengambil contoh bagaimana pembangkang mencipta persepsi hingga mereka berjaya meraih sokongan masyarakat India semasa pilihan raya 2008 dengan memainkan sentimen rakyat berhubung isu merobohkan kuil Hindu di Padang Jawa.
Justeru, katanya, masyarakat India mula bertindak mengikut emosi dan terpengaruh dengan dakyah mereka sehingga mengakibatkan tsunami politik pada pilihan raya umum pada 2008.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata BN perlu menyediakan rantaian dan institusi yang mencukupi bagi menjelaskan pelbagai persoalan yang ditimbulkan di kawasan perbandaran.
"Masalah dalam kawasan perbandaran dan isu di kampung sangat berbeza.
Meskipun BN sediakan institusi mencukupi bagi menjawab soalan di kawasan desa tetapi isu kemiskinan di bandar, kita tidak mempunyai rantaian dan institusi mencukupi untuk menjawabnya," katanya. - BERNAMA
BANTUAN KECEMASAN
Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Dato V.S Mogan telah melawat 4 buah keluarga kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang meranap kesemua rumah mereka malam tadi. Beliau telah menghulurkan sedikit bantuan kepada semua keluarga serta akan berusaha mendapatkan bantuan tambahan bagi kesemua keluarga ini. Turut hadir Ketua Kampung Bgn Pinang Sdr Hassan Masuadi serta barisan wanita UMNO cawangan Bgn Pinang.
#Rakyatdidahulukan
#Rakyatdidahulukan
Program motivasi kepada Pelajar-pelajar SMK Seri Alam 2
Program motivasi kepada Pelajar-pelajar SMK Seri Alam 2. Anjuran bersama Perasatuan SAIWA dan Persatuan Kebajikan Purnama Pasir Gudang(En.Kanan a/l Muniandy dan En.Muru)
Tuesday, 27 September 2016
Sumbangan
Pemuda MIC Tebrau telah menyumbangkan cek bernilai rm 500 kepada Persatuan Progresif India Malaysia untuk majlis malam Amal Deepavali .majlis ini bertujuan membantu masyarakat India Yang kurang berkemampuan.
Heartfelt gratitude to all MIFA supporters
Dear Friends,
Heartfelt gratitude to all MIFA supporters who were there at USIM and also those who have been showing their unconditional support via social network. Thank you for the tremendous support for the first leg match against AirAsia Allstar(MIFA 1 - AIRASIA 1).We are expecting the same support from all of you for our 2 leg match which will be on the 09/10/16(Sunday) at Shah Alam Football Stadium @4.15pm . Your support is definitely our strength. Tq
#comeonmifa
Malam Kebudayaan Merdeka 2016
Saya mewakili Dato V.Elango dan Y.Bhg.En.Ivanpal mewakili YB.Dato Seri Mah Siew Keong dalam majlis "Malam Kebudayaan Merdeka 2016" yang dianjurkan oleh Persatuan Progresif India Negeri Perak.
Isu Dokumen
Ketua Pemuda MIC Johor sedang memberikan penerangan dan nasihat kepada En Rajan kerana isteri beliau memiliki ic hijau dan anak mereka masih tidak mempunyai surat beranak. Kes ini telah dirujuk oleh Dr. Thenmolly kepada Pemuda MIC NJ
Pengambilan POLIS BANTUAN
Pengambilan POLIS BANTUAN. Koperasi Polis DiRaja Malaysia Bhd (Auxiliary Force Sdn Bhd) dengan kerjasama MIC Youth Squad telah berjaya menjalankan sesi pengambilan Polis Bantuan di kawasan Port Dickson. Seramai 41 calon yang hadir dan 37 calon layak keperingkat seterusnya. Program ini memberi peluang kepada belia belia tempatan untuk kerjaya masing masing.
Saudara R. Thinalan.... Pemimpin Muda Berjiwa Rakyat
Saudara R. Thinalan.... Pemimpin Muda Berjiwa Rakyat
Saudara R. Thinalan sentiasa mendampingi masyarakat setempat serta tidak lesu dari membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kali ini keluarga Pn. Indrani dan Pn. Chellamah dari Port Dickson telah menerima sentuhan kasih saudara R. Thinalan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan. Keluarga Pn. Indrani dihimpit kesusahan sejak suaminya terlibat dalam kemalangan dan tidak boleh meneruskan pencarian sumber kewangan keluarga sehingga kini. Justeru, atas rasa tanggungjawab saudara R. Thinalan telah membantu keluarga tersebut termasuk 2 orang anaknya. Dalam misi bantuan tersebut, saudara R. Thinalan turut telah membantu Pn. Chellamah yang kehilangan suami serta menyara anak anaknya. Pastinya bantuan ini mampu membawa senyuman kesyukuran kepada kedua dua keluarga tersebut. Semoga keikhlasan saudara R. Thinalan terhadap keprihatinan dan keperluan Rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit diberkatiNya.
Saudara R. Thinalan sentiasa mendampingi masyarakat setempat serta tidak lesu dari membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kali ini keluarga Pn. Indrani dan Pn. Chellamah dari Port Dickson telah menerima sentuhan kasih saudara R. Thinalan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan. Keluarga Pn. Indrani dihimpit kesusahan sejak suaminya terlibat dalam kemalangan dan tidak boleh meneruskan pencarian sumber kewangan keluarga sehingga kini. Justeru, atas rasa tanggungjawab saudara R. Thinalan telah membantu keluarga tersebut termasuk 2 orang anaknya. Dalam misi bantuan tersebut, saudara R. Thinalan turut telah membantu Pn. Chellamah yang kehilangan suami serta menyara anak anaknya. Pastinya bantuan ini mampu membawa senyuman kesyukuran kepada kedua dua keluarga tersebut. Semoga keikhlasan saudara R. Thinalan terhadap keprihatinan dan keperluan Rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit diberkatiNya.
Friday, 23 September 2016
Kes Buli
Sebentar tadi Dato VS Mogan bersama Sdr Jeyabalan, Sdri Tavamani , Sdr Murthy ,Sdr Surali dan Sdr Nagaraj telah melawat adik Agniswary di Tmn Tuanku Jaafar yang dibuli oleh seorang pelajar dari kelas yang sama di SMK Tmn Tuanku Jaafar . Adik tersebut telah mendapatkan rawatan segera dan pelajar yang membuli dibuang sekolah oleh pihak pengurusan sekolah . Kami dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mereka akan menyiasat kes ini di bawah seksyen 323. Terima kasih Sdr Jeyabalan ketua MIC yang bertindak cepat dalam tindakan kes ini .MIC Bhg Rembau akan memantau rawatan lanjutan serta tindakan polis dalam kes ini
Terima kasih En.Gunalan Sepang MIC
Menerima Permohonan Bantuan kewangan drpd En.Segaran pengurusi Mic Cawangan Kg Sg Rasau Sepang untuk mengurangkan bebanan kos Perubatan.
Bantuan Perubatan
ketua Penerangaan MIC Kebangsaan Dato VS Mogan bersama Dato Bala dan En Letchumanan menyampaikan sumbangan Presiden MIC kpd seorang pesakit diabetis yg kronik di Tmn Ria Port Dikson.Turut hadir Sdr Thanabalasingam dan Ghanapragasam
Let's light up lives
Let's light up lives
National Deputy MIC Youth Leader, Thinalan T Rajagopalu, visited Mr.Ganapathy of Taman Minang Flats, Jalan Lama, Port Dickson. Mr.Ganapathy had an unfortunate accident a year back and could not work due to the injuries sustained. He is also survived by wife and 3 kids. Youngest son, is a special child. Chief Thinalan, within his means tried brightening up their lives by providing Mr.Ganapathy and his family with provisions to celebrate the Festival of Lights which is just around the corner. Also present were Mr.Letchumanan, MPPD Councillor and Local MIC leader, as well as Mr.Vishva, also a local MIC leader.
Please take care Mr.Rajkumar
Selamat sejatera. Encik Rajkumar dari Segamat datang ke Kluang untuk mendapat rawatan di Klinik M Ghana kerana sakit jantung. Doktor di klinik suruh beliau pergi ke Hopital Encik Besar Hajah Khalsom Kluang. Setelah dengar berita saya terus ke hospital dengan Puan Susilah Pelawat Hospital.
Mesyuarat Jawatankuasa Keindahan Bandar utk Temasya Sukan Sea yang ke-9 Kuala Lumpur 2017
YB. Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keindahan Bandar utk Temasya Sukan Sea yang ke-9 Kuala Lumpur 2017 bersama Agensi-Agensi Kerajaan di Menara DBKL, Kuala Lumpur
Program NBOS
Ketua Penerangan MIC kebangsaan Dato VS Mogan telah merasmikan Program NBOS yg dikendalikan oleh Rumah Kebajikan warga mas Port Dikson bersama agensi kerajaan Negeri Sembilan utk penduduk sekitar kawasan tersebut.Satu kemudahan komprehensif yg disediakan utk rakyat oleh Kerajaan Negeri Sembilan
Masalah bayaran pembedahan Katarak
22-9-16 @ 11.30 pagi. Pusat Khidmat MIC bhg Serdang.
🔴 Masalah bayaran pembedahan Katarak ( Mata)
En Mariappan Supramaniam
Tmn Sri Pakatan, Sg Chua, Kajang.
57 thn tidak bekerja. Pesakit diabetes dan Tekanan darah Tinggi.
Terimakasih
S. Alagandran PJK
🔴 Masalah bayaran pembedahan Katarak ( Mata)
En Mariappan Supramaniam
Tmn Sri Pakatan, Sg Chua, Kajang.
57 thn tidak bekerja. Pesakit diabetes dan Tekanan darah Tinggi.
Terimakasih
S. Alagandran PJK
Sumbangan Wang Tunai sebanyak Rm500 kepada SRJKT LADANG MENGKIBOL dan SRJKT LADANG ELIAS untuk kegunaan Sukan tahunan sekolah 2016.
Vanakam. Salam Sejahtra dan Salam Muafakat Johor. Pada 22 September 2016 (Khamis) Pada Jam 1.30 pagi, Saya dan barisan Kepimpinan Mic Bahagian Kluang telah memberikan sumbangan Wang Tunai sebanyak Rm500 kepada SRJKT LADANG MENGKIBOL dan SRJKT LADANG ELIAS untuk kegunaan Sukan tahunan sekolah 2016.
sekian terima kasih.
En.G.Raman PPN,
Ketua MIC Bahagian Kluang,
Ketua Biro Pendidikan MIC Negeri Johor,
Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat
Ahli Majlis Perbandaran Kluang.
sekian terima kasih.
En.G.Raman PPN,
Ketua MIC Bahagian Kluang,
Ketua Biro Pendidikan MIC Negeri Johor,
Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat
Ahli Majlis Perbandaran Kluang.
Saudara R. Thinalan.... Pemimpin Muda Berjiwa Rakyat
Pada hari ini keluarga En. Hairudin dari Taman Desa Permai, Port Dickson telah menerima sentuhan kasih saudara R. Thinalan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan. En. Hairudin telah terlantar di katil sejak menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang manakala isterinya dan anaknya lelakinya adalah insan istimewa OKU. Isteri dan anak beliau tidak mampu berjalan dan memerlukan alat bantuan bagi pergerakkan. Bagi meringankan beban keluarga tersebut Saudara R. Thinalan telah menyumbangkan sebuah kerusi roda khas untuk isteri En. Hairudin bagi membantu pergerakannya. Beliau juga menyumbangkan lampin pakai buang untuk En. Hairudin yang terlantar di katil serta sedikit wang tunai demi berkongsi kesengsaraan keluarga tersebut sejak En. Fairus terlantar sakit. Saudara Thinalan juga akan mendapatkan alat sokongan bagi membolehkan anaknya bergerak setelah mendapat nasihat kepakaran daripada pihak Doktor berkaitan alat sokongan yang sesuai baginya. Terima kasih di atas kesudian En Mustafa dari KRT Kg. Paya and Saudara Sheik Ketua Pemuda UMNO Taman Desa Permai yang hadir bersama. Semoga keikhlasan saudara R. Thinalan terhadap keprihatinan dan keperluan Rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit diberkatiNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)