True or Fake?

Tuesday 11 October 2016

Program Seminar Motivasi Kecemerlangan SPM 2016





Pergerakan Pemuda MIC Pmtg Pauh dgn kerjasama MIC Bahagian Permatang Pauh telah berjaya menganjurkan Program Seminar Motivasi Kecemerlangan SPM 2016, program telah berjaya menarik lebih kurang 270 pelajar , sebanyak 6 subjek telah di berikan tunjuk ajar oleh tutor-tutor yang bertauliah & pemeriksa kertas SPM, modul yang kompak telah diberikan oleh mereka, program telah berjaya menepati sasaran & objektif yg ditetapkan, sebanyak 6 subjek wajib , iaitu BM, English, Matematik, Sejarah , Moral & Tamil , apa yg membanggakan seramai 101 pelajar telah hadir untuk bahasa Tamil. Saya merakamkan setinggi2 penghargaan saya kepada MIC Bahagian Pmtg Pauh yg telah membelanjakan kos yang agak tinggi untuk program ini, Dr Segar , Koordinator Program yang bertungkus lumus mencari tutor-tutor terbaik untuk subjek- subjek ini & mengendalikan modul- modul, En Maheswaran, timbalan Ketua pemuda yg telah menjadi juruacara & mengawal program dgn amat baik , AJK Bahagian Pmtg Pauh, pemuda , Wanita yang telah membantu program ini, Puan Vijaya Segar, Cikgu Visva & Cikgu Param yg telah mrmbantu & berada di program sehingga habis, pelajar - pelajar politeknik, En Praha yang membantu menyewa dewan & hal surat menyurat, En Loga Dari Pusat Tuisyen Mutiara Kulim yang menaja 240 botol air, tutor-tutor yang hadir , pelajar2 & ibubapa yg telah hadir ke program ini. Kami menyusun 10 jari , memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam menjalankan program ini. Satu lagi program yg bermanfaat untuk masyarakat dari MIC Bahagian Pmtg Pauh....

Sekian Terima Kasih

S.Kovalagan
Ketua Pemuda MIC
Pmtg Pauh

No comments:

Post a Comment